Saturday, February 22, 2020

Al-Imran_3-3-64


3.3.64.
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 64:

Ringkasan tafsir;
Allah berfirman melalui malaikat Jibril, katakan Muhammad kepada ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) supaya perhatilah untuk memikirkan secara sakasma lebih adil  (dan telah tersebut dalam kitab-kitab mereka  itu satu kalimat yang serupa) supaya janganlah sembah selain dari Allah dan janganlah sekutukan dengan sesuatu apa pun dan jangan jadikan setengah diantara kita sebagai tuhan.

Sekiranya mereka itu masih enggan menyahut seruan dan mereka tetap berdegil menyembah selain dari Allah, maka katakanlah kepada mereka bahawa kami orang-orang yang patuh kepada Allah dengan tulus dan tidak menyembah kepada tuhan yang lain. 


 . 

Link,
[BS] https://jiwatakterkawal.blogspot.com/2018/12/al-imran-ayat-64.html
[fbj] https://www.facebook.com/rosliauta.gmailcom/posts/1872516699550506 
 .

via,
aktivis.knajid@gmail.com
(recover, tm.knajid@yahoo.com)
(BS mail, tm.knajid.Mencari@blogger.com)
 

Al-Imran_3-3-63


3.3.63.
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 63:

Ringkasan tafsir;
Dan sekiranya mereka (Yahudi dan Nasrani) masih enggan mengikut dan mempercayai mu (Muhammad), dan juga tidak mahu berpegang kepada kepercayaan yang berdasarkan tauhid (3.3.60) dan enggan bermubahalah iaitu berdoa beramai-ramai supaya menimpa bala kutukan laknat Allah kepada mereka yang berbohong (3.3.61).

Sesungguhnya Allah mengetahui akan hal orang-orang yang membuat kebinasaan didalam kepercayaan mereka masing-masing, dan Allah mengetahui tujuan busuk mereka dan kemudian kelak diberi upah setimpal diatas perbuatan mereka itu pada hari pembalasan. 


.
Link,
[BS] https://jiwatakterkawal.blogspot.com/2018/12/al-imran-ayat-63.html 
[fbj] https://www.facebook.com/rosliauta.gmailcom/posts/1872426009559575
 . 
via,

aktivis.knajid@gmail.com
(recover, tm.knajid@yahoo.com)
(BS mail, tm.knajid.Mencari@blogger.com)