Sunday, July 12, 2015

Surah MUHAMMAD



Surah 47: 
 
MUHAMMAD s.a.w.
Surah Muhammad terdiri atas 38 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah Al Hadid.
Nama “Muhhammad” sebagai nama surah ini diambil dari perkataan Muhammad yang terdapat pada ayat  2 surah ini.
Pada ayat 1,2 dan 3 surah ini, Allah membandingkan antara hasil yang diperoleh oleh orang-orang yang percaya kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.  dan hasil yang diperoleh oleh orang-orang yang tidak percayakan kepadanya. Orang-orang yang percaya kepada apa yang dibawa Muhammad s.a.w. merekalah orang-orang yang beriman dan mengikuti yang hak, diterima Allah semua amalnya, diampuni segala kesalahan nya.  Adapun orang-orang yang tidak percaya kepada Muhammad s.a.w. adalah orang-orang yang mengikuti kebatilan, amalnya tidak diterima, dosa mereka tidak diampuni, kepada mereka dijanjikan azab didunia dan diakhirat.
Dinamai juga dengan “Al Qital” (peperangan), kerana sebahagian besar surah ini mengutarakan tentang peperangan dan pokok-pokok hukumnya, serta bagaimana seharusnya sikap orang-orang mukmin terhadap orang-orang kafir. 

Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Muhammad (1-38),



.

Surah AL-AHQAFF



Surah 46: 
 
AL-AHQAFF (bukit-bukit pasir).
Surah Al-Ahqaaf terdiri atas 35 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Al-Jaatsiyah.
Dinamai “Al-Ahqaaf” (bukit-bukit pasir) dari perkataan “Al Ahaqaaf” yang terdapat pada ayat 21 surah ini.
Dalam ayat tersebut dan ayat-ayat sesudah nya diterangkan bahawa Nabi Hud a.s. telah menyamapaikan risalahnya kepada kaumnya di “Al Ahqaal” yang sekarang dikenal dengan Ar Rab’ul Khaali, tetapi kaumnya tetap ingkar sekali pun mereka telah diberi peringatan pula oleh rasul-rasul yang sebelumnya.  Akhairnya Allah menghancurkan mereka dengan tiupan angin yang kencang.  Hal ini adalah sebagai isyarat dari Allah kepada kaum musyrikin Quraisy bahawa mereka akan dihancurkan bila mereka tidak mengindahkan seruan Rasul.

Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al Ahqaff (1-35),

Surah AL-JAATSIYAH



Surah 45: 
 
AL-JAATSIYAH (yang berlutut).
Surah Al Jaatsiyah terdiri atas 37 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Ad Dukhaan.
Dinamai “Al Jaatsiyah” (yang berlutut) diambil dari perkataan “Jaatsiyah” yang terdapat pada ayat 28 surah ini.
Ayat tersebut menerangkan tentang keadaan manusia pada hari kiamat, iaitu semua manusia dikumpulkan kehadapan mahkamah Allah Yang Maha Tinggi yang memberikan keputusan terhadap perbuatan yang telah mereka lakukan didunia.  Pada hari itu semua manusia berlutut dihadapan Allah.
Dinamai juga dengan “As Syariah” diambil dari perkataan “Syariah” (syariat) yang terdapat pada ayat 18 surah ini.

Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al Jaatsiyah (1-37),

Surah AD-DUKHAAN



Surah 44: 
 
AD DUKHAAN (kabut).

Surah Ad Dukhaan terdiri atas 59 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah Az Zukhruf.

Dinamai “Ad Dukhaan” (kabut), diambil dari perkataan “Dukhaan” yang terdapat pada ayat 10 surah ini. Menurut riwayat bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut; Orang-orang kafir mekah dalam menghalang-halangi agama Islam dan menyakiti serta mendurhakai Nabi Muhammad s.a.w.  sudah melewati batas, kerana itu Nabi mendoa kepada Allah agar diturunkan azab, sebagaimana yang telah diturunkan kepada orang-orang yang durhaka kepada  Nabi Yusuf iaitu musim kemarau yang panjang. Doa Nabi itu dikabulkan Allah, sampai orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai, kerana kelaparan.  Mereka selalu menengadah kelangit mengharap pertolongan Allah. Tetapi tidak satu pun yang mereka lihat kecuali kabut yang menutupi pandangan mereka.

Akhirnya mereka datang kepada Nabi agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan.  Setelah Allah mengabulkan doa Nabi, dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti semula; kerana itu Allah menyatakan bahwa nanti mereka akan diazab dengan azab yang pedih.


Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Ad Dukhaan (1-59),