Surah 46:
AL-AHQAFF (bukit-bukit pasir).
Surah Al-Ahqaaf terdiri atas
35 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah
Al-Jaatsiyah.
Dinamai “Al-Ahqaaf”
(bukit-bukit pasir) dari perkataan “Al Ahaqaaf” yang terdapat pada ayat 21
surah ini.
Dalam ayat tersebut dan
ayat-ayat sesudah nya diterangkan bahawa Nabi Hud a.s. telah menyamapaikan
risalahnya kepada kaumnya di “Al Ahqaal” yang sekarang dikenal dengan Ar Rab’ul
Khaali, tetapi kaumnya tetap ingkar sekali pun mereka telah diberi peringatan pula
oleh rasul-rasul yang sebelumnya.
Akhairnya Allah menghancurkan mereka dengan tiupan angin yang
kencang. Hal ini adalah sebagai isyarat
dari Allah kepada kaum musyrikin Quraisy bahawa mereka akan dihancurkan bila
mereka tidak mengindahkan seruan Rasul.
Sumber;
Khatam terjemahan
ayat-ayat Al
Ahqaff (1-35),