Surah 45:
AL-JAATSIYAH (yang berlutut).
Surah Al Jaatsiyah terdiri
atas 37 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah
Ad Dukhaan.
Dinamai “Al Jaatsiyah” (yang
berlutut) diambil dari perkataan “Jaatsiyah” yang terdapat pada ayat 28 surah
ini.
Ayat tersebut menerangkan
tentang keadaan manusia pada hari kiamat, iaitu semua manusia dikumpulkan
kehadapan mahkamah Allah Yang Maha Tinggi yang memberikan keputusan terhadap
perbuatan yang telah mereka lakukan didunia.
Pada hari itu semua manusia berlutut dihadapan Allah.
Dinamai juga dengan “As
Syariah” diambil dari perkataan “Syariah” (syariat) yang terdapat pada ayat 18
surah ini.
Sumber;
Khatam terjemahan
ayat-ayat Al
Jaatsiyah (1-37),